Soalan sorang bff
Wei air mani ko pekat ker cair?
Gulp!!!! Beliakkan mata aku, dalam hati nak jawab ker tak...
Minah ni memang jenis selamba sikit bab-bab macam ni..
In the middle...pekat tidak cair pun tidak... jawapan aku :)
""Saja nak tau tahap kesuburan ko,"" katanya sambil senyum :)
Apa kaitan kecairan dan kepekatan air mani dengan kesuburan ?
Kita lihat apa kata pakar sakit puan mengenai isu ini.Soalan dan jawapan yang diberi berkaitan dengan persoalan diatas :)
SAYA sudah berkahwin lebih empat tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Suami saya menghidap penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dia melakukan haemodialisis tiga kali seminggu di samping penyakit darah tinggi.
Dia juga makan berbelas biji pil sehari. Adakah penyakit suami menyebabkan kami sukar mendapat zuriat? Air mani suami juga didapati cair. Apakah penyelesaian terbaik untuk kami mendapatkan zuriat?
AYU MOHD,
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
SUAMI anda boleh menjalani ujian air mani untuk kepastian. Sekiranya dia tidak mempunyai masalah ereksi dan ejakulasi serta keputusan ujian air maninya elok, ini bermakna suami anda tidak mempunyai masalah kesuburan.
Air mani yang kelihatan cair tidak semestinya tidak mempunyai bilangan dan kualiti sperma yang elok. Air mani juga sebenarnya perlu mencair dalam masa beberapa minit untuk membenarkan sperma di dalamnya aktif dan bergerak. Ini adalah perubahan yang dikehendaki.
Istilah air mani ‘cair’ atau ‘pekat’ yang digunakan oleh sebahagian kita mungkin disalahertikan. Ia sebenarnya merujuk kepada sperma di dalamnya bukannya keadaan fizikal atau pandangan kasar air mani itu. Sperma pula hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop, bukannya mata kasar.
Usahlah menunggu lebih lama lagi kerana pasangan yang masih belum hamil selepas setahun mencuba digalakkan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan.
Ubat tertentu (anda tidak menyatakan jenis atau kandungan ubat terbabit) boleh mengurangkan bilangan dan kualiti sperma di dalam air mani. Eloklah keadaan sperma di dalam air mani suami anda diperiksa.
Anda juga digalakkan menjalani pemeriksaan kesuburan kerana ada kemungkinan ia berpunca daripada anda saja atau kedua-dua pihak.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22Air mani yang kelihatan cair tidak semestinya tidak mempunyai bilangan dan kualiti sperma yang elok. Air mani juga sebenarnya perlu mencair dalam masa beberapa minit untuk membenarkan sperma di dalamnya aktif dan bergerak. Ini adalah perubahan yang dikehendaki.
Istilah air mani ‘cair’ atau ‘pekat’ yang digunakan oleh sebahagian kita mungkin disalahertikan. Ia sebenarnya merujuk kepada sperma di dalamnya bukannya keadaan fizikal atau pandangan kasar air mani itu. Sperma pula hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop, bukannya mata kasar.
Usahlah menunggu lebih lama lagi kerana pasangan yang masih belum hamil selepas setahun mencuba digalakkan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan.
Ubat tertentu (anda tidak menyatakan jenis atau kandungan ubat terbabit) boleh mengurangkan bilangan dan kualiti sperma di dalam air mani. Eloklah keadaan sperma di dalam air mani suami anda diperiksa.
Anda juga digalakkan menjalani pemeriksaan kesuburan kerana ada kemungkinan ia berpunca daripada anda saja atau kedua-dua pihak.
p/s: Bff aku tu pompuan :)
Sumber :myMetro
No comments:
Post a Comment