Friday, March 15, 2013

Pekat ker Cair

Salam,

Soalan sorang bff

Wei air mani ko pekat ker cair?

Gulp!!!! Beliakkan mata aku, dalam hati nak jawab ker tak...
Minah ni memang jenis selamba sikit bab-bab macam ni..

In the middle...pekat tidak cair pun tidak... jawapan aku :)

""Saja nak tau tahap kesuburan ko,"" katanya sambil senyum :)



Apa kaitan kecairan dan kepekatan air mani dengan kesuburan ?

Kita lihat apa kata pakar sakit puan mengenai isu ini.Soalan dan jawapan yang diberi berkaitan dengan persoalan diatas :)


SAYA sudah berkahwin lebih empat tahun dan belum dikurniakan cahaya mata. Suami saya menghidap penyakit buah pinggang kronik yang memerlukan dia melakukan haemodialisis tiga kali seminggu di samping penyakit darah tinggi.
Dia juga makan berbelas biji pil sehari. Adakah penyakit suami menyebabkan kami sukar mendapat zuriat? Air mani suami juga didapati cair. Apakah penyelesaian terbaik untuk kami mendapatkan zuriat? 
AYU MOHD, 
Kuala Lumpur
 

SUAMI anda boleh menjalani ujian air mani untuk kepastian. Sekiranya dia tidak mempunyai masalah ereksi dan ejakulasi serta keputusan ujian air maninya elok, ini bermakna suami anda tidak mempunyai masalah kesuburan.

Air mani yang kelihatan cair tidak semestinya tidak mempunyai bilangan dan kualiti sperma yang elok. Air mani juga sebenarnya perlu mencair dalam masa beberapa minit untuk membenarkan sperma di dalamnya aktif dan bergerak. Ini adalah perubahan yang dikehendaki.

Istilah air mani ‘cair’ atau ‘pekat’ yang digunakan oleh sebahagian kita mungkin disalahertikan. Ia sebenarnya merujuk kepada sperma di dalamnya bukannya keadaan fizikal atau pandangan kasar air mani itu. Sperma pula hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop, bukannya mata kasar.

Usahlah menunggu lebih lama lagi kerana pasangan yang masih belum hamil selepas setahun mencuba digalakkan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan.

Ubat tertentu (anda tidak menyatakan jenis atau kandungan ubat terbabit) boleh mengurangkan bilangan dan kualiti sperma di dalam air mani. Eloklah keadaan sperma di dalam air mani suami anda diperiksa.

Anda juga digalakkan menjalani pemeriksaan kesuburan kerana ada kemungkinan ia berpunca daripada anda saja atau kedua-dua pihak.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22


p/s: Bff aku tu pompuan :)

Sumber :myMetro

Thursday, March 14, 2013

Perhatian dan kebebasan?

Salam,

Jika ditanya mengenai dua pekara ini Perhatian atau kebebasan? yang mana menjadi pilihan kita?



Kalau aku sudah pasti kebebasan.
Kenapa kebebasan.
Sebab bila bebas aku rasa lebih bahagia,lebih tenang,lebih senang.

Ada rakan berkata."Kau bujang boleh la kebebasan,Kami yang dah kawin ni mana boleh macamtu kebebasan jadi yang ke-2 kot,".

Kebebasan pada aku sangat meluas aku boleh buat apa saja, boleh pergi kemana-mana tanpa perlu maklum pada sesiapa.Namun kebebasan ni bukan sesuatu yang mutlak, kebebasan yang ada hadnya. Agak-gak la nak bebas pun...

Berbalik pada perhatian, ada orang yang nampak macam nak perhatian kot..tapi sebenarnya dia nak bebas. Aku sendiri pun nakkan perhatian tapi bukan dari semua orang,hanya perhatian dari orang tertentu saja..:)

Kalau tak cukup perhatian macam-macam akan orang lakukan demi mendapatkan perhatian.Kalau lebih perhatian pun sudah pasti membosankan, naik muak dan menyampah kot.

Mana nak pilih kebebasan atau perhatian..?
Jalan terbaik sebenarnya bagi aku perlukan kedua-dua bebas ya tapi ada had limitasinya tidak keterlaluan, perhatian pun ya tapi agak-agaklah beri perhatian tu...kalau tak beri perhatian pulak dicakapnya tidak prihatin pulak.Silap-silap perhatian lebih dah jadi pengongkong pulak dah cerita lain.Apa pun mesti ada keseimbangan, perlu ada 'beri dan terima'.